Aku Dan Mekah Episod 1

Aku ,belah kanan

Kisah ini berlaku semasa aku bekerja di Mekah sebagai tukang masak atau lebih glamer lagi dikenali sebagai Chef. Tapi ini bukan misi aku untuk datang ke Mekah, aku jadi tukang masak secara tak sengaja atau teraccident, Kisahnya begini, satu hari semasa aku tengah boring makanan yang dimasak memang tak sedap langsung laukku tak cukup masin cam nyanyian spider, aku pun ke Kaabah dan berdoa gini doanya hari-hari lauk sama masak tak sedap langsung.....kalaula aku terer masak kan ke bagus.....?Beberapa hari lepas aku dijemput ke rumah orang yang bertanggungjawab menyediakan makanan bagi jemaah umrah Malaysia. Masa tu semua orang tengah sibuk masak sebab masa dah suntuk sangat, 2 jam lagi masuk waktu zohor, masa tu cuma sorang je yang masak, jadi kira tak cukup tangan ler. Tiba-tiba tah camana aku pun menawarkan diri untuk menolong diorang. 

Lepas masuk zohor jer, semua masakan siap, pas tu pakcik bos besar pun rasa makanan yang aku masak, terbeliak mata dia, aku ingat mesti tak sedap, dia cakap makanan sedap!!! Hmmmm... mesti perli aku ni...Lepas tu dia tanya aku nak tak tolong dia untuk masakkan bagi keperluan makan jemaah. Aku pun ingat dah lah perli aku pas tu ngutuk best punyer...Pokcik masak tak sedap cakap ler tak sedap.....Ehhhh....Pokcik tak main-main betul-betul sedap nyer.....Ok kita tengok orang makan ke tak lepas Zohor ni..Masa tu aku tolong hantar makan kat hotel sekitar Masjidil Haram, kira-kira selangkah keluar jer hotel terus masuk Masjid. Abe kita dah lambat ni, cepat sikit, karang tak leh masuk jalan depan Masjid parking jauhhh... 

Aku suruh Brader Pattani cepatkan sikit van dia sebab dia ni kira pemandu yang berhemah, kat Mekah kena jadi Gangster bukan sikit tapi banyak sebab orang arab bila tengok driver orang Ajam ( bukan Arab ) dia pun naik lemak nak buli kita. Kat KL kalau road Bully tu tak seberapa kalau dibandingkan dengan orang Arab. Jadi walaupun badan kita kecik, tapi samseng kita kena lebih dari orang Arab. Kemek sikit kat kereta tu biasala, jangan sesekali cakap saya mintak maaf cik?bila dah tergeser dengan kereta diorang. Tenung mata dia macam nak bunuh dia lepas tu maki dia kaw-kaw. Kalau baik sangat, alamat terburai poket kita dia mintak ganti rugi tu ganti rugi ni. Akhirnya kami sampai kat kawasan Hotel, ngam jer polis nak tutup jalan utama kat depan Masjid Haram sebelum solat Zohor.  Lepas zohor, seperti biasa jemaah dari KL balik dari masjid. kelam kabut kami mengangkat makanan dari van naik ke hotel. Dipendekkan cerita, makanan yang dihidangkan habis tak meninggalkan sisa langsung! Pelik sebab selalunya mesti ada baki kadang terlampau banyak sampai terpaksa dibuang selepas dibuat makanan kucing dan gagak-gagak tak habis langsung! Ada ler makcik yang tanya aku saper yang masak ni sedap betul sampai budak-budak ada yang jilat pinggan! Barula aku percaya kepada kemampuan diri aku sendiri- aku buleh masakkkk!!!!!!!!!!! Petang tu aku try buat kuih bodo-bodo saja nak test skill aku, lempeng pisang, kuih kaswi, roti jala inti kelapa manis, cucur udang.