Aku Dan Mekah Episod 3

Tapi lepas passing tanya maklumat(program pertukaran maklumat antar budak kampung ke kampung yang lain) dia dapat cari siapa yang ugut aku. Lepas satu kampung sampai budak yang umur 5 tahun pun turun kira-kira 7 lori sarat dengan budak kampung sebanyak 220 orang datang pergi cari budak yang pukul aku. Aku pun terperanjat dengan semangat setiakawan kat Mekah yang ditunjukkan, memang aku takkan berjumpa dengan orang yang macam mereka mana-mana aku mengembara dan merantau kat seluruh dunia walaupun kat tempat aku sendiri.  Memang kat Mekah walaupun tempatnya tengok macam takde ape-ape, rumah, hotel, Kaabah, Masjid Haram dan kedai jual souvenir. Tapi kalau pembaca renungkan dan fikirkan apa disebalik perkara-perkara biasa yang dilihat hari-hari disebalik kesibukan beribadah, pergi masjid, tawaf dan saie, shopping-shopping, dan jalan-jalan tengok tempat bersejarah.

Kita akan dapat apa yang kita tak terfikirkan atau terjangkau oleh pemikiran kita. Benda pelik-pelik dan ajaib yang kalau kita pikirkan sendiri pun tak logik, tak masuk akal langsung.Kalau di KL ada 3 kaum utama, tu pun tak habis-habis cerita, ada aje cerita baru. Sedangkan KL kita sendiri pun tak terabis kita explore, kita redah, inikan pula Mekah yang macam-macam orang dari seluruh dunia semua berkumpul. Pusat tumpuan untuk beribadah. Macam-macam bangsa dan kebudayaan, macam-macam warna kehidupan. Jadi macam-macam cerita pelik-pelik tentang kaum dan kebudayaan yang berbeza-beza dari seluruh alam ni yang semuanya bertumpu di satu tempat -MEKAH al Mukaramah. 

Semuanya hanya pengenalan diri aku, biasala kalau masuk aje tak beri salam, mesti pembaca pening, mesti taaruf (introduction to myself) cerita pengenalan diri lepas tu barulah masukkisah-kisah pengalaman aku sendiri sepanjang aku lepak kat Mekah dan jadi sebahagian dari orang Mekah. Semua kisah-kisah yang aku akan ceritakan adalah kisah yang aku sendiri pernah alami dan rasai sendiri thrill(keseronokan) dia. Memang la aku akui ada kisah-kisah dari Mekah yang diceritakan dalam majalah Mastika dan lain-lain majalah kat KL. Tapi harus aku tekankan yang itu hanya dari perspektif orang yang membawa Jemaah-Maksud aku Mutawif atau dari agensi pelancongan. Tapi yang aku nak sampaikan adalah bersumberkan dari pengalaman aku duduk bersama di Kampung kat Mekah dan mencari pasal diri sendiri. Mesti  korang tak paham kan apa maksud aku? Kata orang-orang tua, jangan cari pasal dengan BENDA?tu tapi engkau cari pasal jugak, kesudahannya aku terpaksalah tanggung diri sendiri. Sapa suruh cari? Aku punya pasallah............

Tapikan tuk kalau aku tak cari pasal dengan benda tu, takdelah cerita best-best yang aku boleh sampaikan atau jadikan bahan cerita. Kalau semua benda biasa aje, takdelah cabaran atau warna-warna kehidupan yang menarik untuk dijadikan cerita kedai kopi. Kan,Kan,kan?  Oklah, dipendekkan cerita mesti semua dah  boring dengan aku asyik merepek je, kali ni sebagai pembuka tirai cerita mistik potensi, aku nak ceritakan pengalaman aku sebagai paranormal kat Mekah. Memang aku bertugas sebagai tukang masak. Ehh tak standard pulak tukang masak, CHEF. 

Tapi ramai orang yang tak tau menahu langsung yang aku buleh mengubat orang, sakit biasa atau yang sakit LUAR BIASA. Kisahnya begini, ada satu hari jiran aku datang, dia khabarkan kat aku yang malam tadi dia pergi sembahyang hajat pasal sakitnya yang dah bertahun-tahun tak sembuh sampai anak dan isterinya mati disebabkan sakit misteri tu. kat Masjid Haram. Lepas tu dia tertidur, dalam tidur tu dia bermimpi yang dia berjumpa dengan aku, dalam mimpinya dia bagitau kesakitannya kepada aku. Lepas tu ada suara yang memberitahu yang aku mungkin jawapannya kepada doa dia selama ni. Dia ceritakan aku mengenai mimpinya, aku terus potong cakap dia pakcik ni mungkin mengigau dalam masjid. Pakcik mimpi lepas sembahyang kat Multazam......? Mungkin pakcik silap orang kot..... Malam berikutnya, jiran aku terus ke Masjid Haram lagi dan terus bersembahyang hajat di depan Kaabah. Dan mimpi yang sama lagi untuk kali ke 2. Aku pun terus menjawap jawapan yang sama. Hinggalah malam yang ke 3 pun mimpi yang sama lagi.

Baiklah pakcik, saya pun tak pernah cerita kat sesiapapun yang saya buleh mengubat orang, kalu benar petanda dari ketuhanan Kaabah, saya tak pernah lalu jalan pergi rumah pakcikdan tak akan melalui jalan  pergi rumah pakcik. Tapi kalu satu hari tiba-tiba saya terlalu jalan rumah pakcik itu petanda saya akan mengubat dan melihat kepada masalah pakcik. Dalam hati aku tergelak besar sampai kiamat la aku tak lalu rumah kau? Tapi ni Mekah di mana perkara pelik pasti berlaku. Beberapa hari lepas tu aku tersesat, dalam hati aku jalan ni hari-hari aku lalu tapi camana lak buleh sesat. 

Aku teruskan berjalan dan secara tak diduga aku dah sampai kat rumah pakcik tu. Berderau darah aku, tapi aku patah balik dan terus mencari jalan kembali ke rumah aku, dan sekali lagi aku sampai ke rumah pakcik tu. Hati kecil aku berkata ni kena lawat pakcik ni.....?Jadi aku ketuk pintu rumahnya dan pakcik tu tersenyum ?macamane? buleh tak? Ni dah berapa kali sesat balikbalik sampai rumah pakcik. Maka bolehkan saja........ Aku pun terus ambik kes pertama pesakit aku kat Mekah....Begini kesnya.... Pakcik ni ada 11 orang anak tapi yang hidup hanya 2 orang. Isterinya dan 9 orang anak yang lain telah meninggal dunia kerana sakit misteri. Dari pemerhatian aku, pakcik ni hidup dalam keadaan daif dan tersangat susah kehidupannya. Macamana susahnya? Kalau di KL orang susah pun ada kipas, tapi ni Mekah-suhu paling panas 49 Celsius, kalau ada kipas pun boleh hangus dalam rumah, pakcik ni runah dia ada kipas- 1 sahaja dan rosak! TIADA Air-Cond langsung! 2 anaknya adalah SPASTIK dan tak berupaya bekerja. Dan pakcik hanya mengharapkan belas kasihan dari orang kampung.

Tak mungkin ada orang dengki kepadanya, kerana tak ada sebab material atau pangkat yang ada padanya sejak dari dulu lagi.  Bermulanya pempraktikan segala ilmu mistik yang telah aku pelajari dari Demak, Jawa Tengah sampailah ke Mekah pada hari ini setelah beberapa lama orang tidak mengetahui siapa sebenarnya diriku. Menurut pemerhatian kerohanianku, pada malam itu setelah berzikir dan bermunajat tahajud di depan Kaabah. Setelah
beberapa jam di dalam kekosongan jawapan, akhirnya sebelum masuk waktu Solat Subuh, aku menemukan jawapannya dalam keadaan separuh jaga dan separuh tidur.


Inilah rupa anak kerak yang ditanam olah orang depan rumah pakcik tu. Aku pun bertanya kepada pakcik tu keadaan dia masa baru berpindah dengan isterinya. Menurutnya, masa tu ada satu keluarga dari Pattani tinggal di sana. Pendatang tanpa permit bekerja dan sentiasa hidup dalam keadaan bersembunyi kerana khuatir dihantar balik ke Pattani. Anak kerak ni digunakan oleh keluarga itu sebagai perlindungan dari diserbu oleh pihak berkuasa. Ada 2 pasang anak kerak- ibu kerak disimpan dalam rumah dan anak ditanam di depan pintu masuk utama. Patutlah selama ni aku nak jalan lalu kawasan rumah pakcik tu pun macam tak lalu jer walhal jalan tu pailing kalau nak ke masjid haram. Pakcik, saya tahu pakcik ni susah..oleh itu saya akan tanggung belanja nak membuang benda ni. Semoga Allah membalas jasa baik kamu, nak. Syukur pakcik kepada Allah. Keesokan malamnya saya memulakan operasi pengeboman anak kerak- pengeboman ini maksudnya memusnahkan segala perisai tenaga aura kebatinan (energy shields) yang dibuat hasil dari pertapaan tok bomoh sami siam selam beberapa bulan. Bukan sahaja energy shield tapi ada hantu-hantu yang mengawal anak kerak dari dicerobohi secara  fizikal ataupun kebatinan(spiritual).

Permulaan proses pengeboman, api kecik jer macam nak mati, lepas 3 jam dan tak tau macamana nak diceritakan macam bentuk jin datang dan suara mereka yang 'Merdu?sekali kejap mengilai-kejap cam suara penyanyi black metalkejap lagi suara budak menangis. Nak bakar pun tak buleh kat rumah pakcik tu nanti pencemaran udara mesti jiran bising kerana rumah kat situ semuanya jarak dekat-dekat sangat. Aku terpaksa kat kawasan unta digembalakan kira-kira 12 km dan 1 km dari jalan besar masuk jauh kat kawasan padang pasir. Pembakaran malam kat kawasan padang pasir agak berisiko kerana waktu malam banyak ular kapak, semut api berbisa dan kala jengking. Untuk mengurangkan risiko ular dan kala keluar dari bawah pasir, aku terpakasa bawak batu brick yang tebal untuk menebat haba dari sampai ke bumi. Bila keadaan tanah terlampau panas, semua binatang akan keluar ke permukaan dan mencari punca dan siapa yang membakar, lepas tu siaplah badan kena sengat dengan semut. Kalau semut takpelah jugak, ular dan kala?

Proses pembakaran berlanjutan kira-kira 8 hari. Setelah 8 hari dan dari pengamatan spiritual telah dipastikan yang semua perisai tenaga telah dimusnahkan serta ancaman hantu-hantu penjaga dilumpuhkan. Kini tibalah masanya belakukan upacara terakhir, mencari gali anak dan ibu kerak serta membebaskan roh dua   anak kerak ke alamnya. ( Anak kerak dihasilkan daripada janin orang yang mati bersalin atau dibunuh serta disalai macam sate cuma janin tidak disentuhi api ,didekati asap arang sambil dibacakan mantera untuk penguncian roh supaya tidak dapat lari dari janin sambil diseru nama hantu penjaga roh dan janin-Ini adalah sebagai perkenalan kepada penjaga macam baru masuk penjara-kena ambik gambar dari tepi, belakang dan depan. Selepas disalai diikatkan dengan kain yant-tulisan mantera siam dan dipuja selama 40 hari lagi-simbol kejadian janin pertama dan bermulanya kehidupan kedua anak kerak sebagai orang suruhan si pengupah bomoh sami siam- Peringkat 40 hari selanjutnya anak kerak dipuja bagi tugasan khusus- dalam kes ni untuk menjaga dan melindungi rumah) Ingin saya menghuraikan dengan lebih lanjut lagi, sekiranya sesuatu barang sihir dibawa ke Mekah, getaran dari barang sihir akan bertambah kuat kerana hukum alam (law of attraction) dan vortex principle dari pusingan tawaf yang menarik kuasa langit yang akan menggandakan getaran magnetik sesuatu barang sihir itu. Dari pemerhatian kes ini didapati anak kerak bertambah kuat dari perjalanan masa serta mempengaruhi Keluarga pakcik hingga menyebabkan kematian isteri, anak-anaknya serta menyebabkan kecacatan Down Syndrome yang kekal. Dan mungkin kerana anak kerak itu memakan tuannya kembali, keluarga yang membawa anak kerak itu dikabarkan telah kematian isterinya akibat sakit ganjil dan anak-anak mereka telah tunggang langgang kehidupan mereka. Mungkin mereka tidak berniat untuk melakukan perbuatan aniaya ke atas keluarga pakcik itu, tetapi KESAN kerosakan dan kemusnahan rumahtangga yang disebabkan oleh anak kerak itu mempengaruhi jiran sekeliling. Hanya kerana takutkan polis, mereka tergamak mengambil jalan mudah tanpa perlu bersusah payah. Kesannya bukan pada masa itu, hanya setelah beberapa tahun barulah tersedar tetapi sudah terlewat. 

Berbalik kepada kes tadi, pada malam terakhir melakukan upacara membebaskan roh-roh yang tersepit dalam anak kerak, aku berjaya meyakinkan tuan rumah yang baru kerana  keluarga yang membawa anak kerak itu telah pulang semula ke Pattani, bukan senang untuk dia mempercayai cerita aku tapi akhirnya dia menunjukkan satu kotak yang didalamnya bungkusan berisi ibu kerak serta membenarkan aku menggali anak kerak di depan pintunya. Malam itu setelah selesai membakar anak kerak  dan membebaskan semula roh ke tempat yang sepatutnya, aku bermimpi didatangi 2 budak  dan ibunya yang berterima kasih kepada aku. 


TAMAT CERITA Aku Dan Mekah